Sinergi Industri Penerbangan : IKBN Pekan Dan Base Maintenance Malaysia Sdn. Bhd.

    Sinergi Industri Penerbangan : IKBN Pekan Dan Base Maintenance Malaysia Sdn. Bhd.

    Kampus Teknokrat IKBN Pekan amat berbesar hati menerima kunjungan hormat dan perbincangan kerjasama strategik daripada delegasi industri gergasi MRO, Base Maintenance Malaysia Sdn. Bhd. (BMM).

    Pertemuan berimpak tinggi ini dikoordinasikan sepenuhnya oleh Cawangan Hubungan Industri (CHI) bersama Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat IKBN Pekan, bertujuan memperkukuh rantaian bekalan bakat dalam sektor aeroangkasa negara.

    Antara pengisian utama agenda sepanjang kunjungan ini termasuklah:
    Perbincangan Kerjasama Strategik;
    Sesi rundingan di Bilik Mesyuarat Utama yang memfokuskan kepada unjuran teknologi MRO terkini, pemindahan teknologi, serta penjajaran silibus latihan agar kekal realistik dan selaras dengan keperluan industri.

    Lawatan Tapak Bengkel Struktur Pesawat;
    Delegasi BMM dibawa melihat secara dekat fasiliti latihan, peralatan berteknologi tinggi, serta tahap kompetensi tinggi yang dimiliki oleh para pelatih IKBN Pekan di lapangan bengkel.

    Sesi Temuduga Eksklusif Pengambilan Latihan Industri (OJT);
    Sesi penilaian dan temu duga terus dijalankan oleh panel penilai BMM bagi menyaring pelatih terbaik untuk diserap masuk ke syarikat.

    Pengurusan IKBN Pekan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen pihak Base Maintenance Malaysia Sdn. Bhd. yang hadir dan membuka ruang kolaborasi yang cukup bernilai ini.
     
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.