- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 170
Bengkel Media Dan Promosi IKBN Pekan Tahun 2026 Perkasa Kompetensi Pegawai
Institut Kemahiran Belia Negara Pekan melalui JK Media dan Promosi telah menganjurkan Bengkel Media dan Promosi Tahun 2026 pada 3 Mac 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama dengan penyertaan seramai 15 orang pegawai.
Bengkel ini memfokuskan kepada pembentangan dan perincian Garis Panduan Media, Promosi & Publisiti Tahun 2026 yang dikeluarkan oleh BPKB, KBS. Garis panduan ini menjadi rujukan utama dalam memastikan setiap hebahan, promosi dan penyampaian maklumat institusi dilaksanakan secara beretika, berkesan serta selaras dengan dasar komunikasi kerajaan.
Turut diadakan slot hands-on penggunaan Canva bagi penghasilan bahan grafik rasmi dan slot suntingan video menggunakan CapCut untuk memperkasa kemahiran penghasilan kandungan digital yang lebih kreatif dan profesional.
Semoga usaha ini terus meningkatkan kualiti penyampaian maklumat serta memperkukuh imej IKBN Pekan di peringkat komuniti dan nasional.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
