Program Iktikaf Ramadan Santunan YADIM Negeri Pahang

    Program Iktikaf Ramadan Santunan YADIM Negeri Pahang

    PROGRAM Iktikaf Ramadan Santunan YADIM Negeri Pahang Siri 1 anjuran Bahagian Kepimpinan Muda telah membuka tirainya pada 28 Februari 2026.

    Program yang berlangsung selama 2 hari ini menghimpunkan ahli Rakan Siswa YADIM (RSY) dan Rakan Belia YADIM (RBY) daripada kampus di negeri Pahang yang terdiri daripada IKBN Pekan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh - IKTBN Temerloh, Politeknik Muadzam Shah (PMS), Kuantan Polytechnic - Polisas dan IPG Kuala Lipis.

    Hari pertama dimulakan dengan pendaftaran peserta dan pembahagian kumpulan sebelum diteruskan dengan penyediaan bahan street dakwah, aktiviti rewang serta agihan bubur lambuk kepada komuniti setempat sebagai pengisian utama program.

    Majlis perasmian telah disempurnakan di Masjid Pinggiran Putra, Kuantan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi bin Muda.

    Seramai 100 orang telah menyertai program tersebut. Program-program pengisian sepanjang program ini ialah seperti Ziarah Mahabbah yang mana membantu golongan-golongan yang tidak berkemampuan, Dakwah Street di bazar-bazar, gotong royong bubur lambuk, iktikaf di masjid, qiyamullail, halaqah Al-Quran dan banyak lagi.

    Program ini menjadi wadah memperkasa belia sebagai agen dakwah yang santun dan berdaya saing, di samping menyemai nilai kebersamaan, kepimpinan, khidmat masyarakat dan kepekaan sosial.

    Diharapkan usaha yang sedang dilaksanakan ini terus menyuburkan semangat rahmah serta melestarikan gerakan dakwah secara inklusif sepanjang Ramadan.
     
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.