Sesi Penggambaran Dokumentari Institusi 5 Bintang Anjuran JPK Sempena Promosi Malaysia TVET Rating (MTR)

    Sesi Penggambaran Dokumentari Institusi 5 Bintang Anjuran JPK Sempena Promosi Malaysia TVET Rating (MTR)

    Pengiktirafan sebagai Institusi 5 Bintang oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran menerusi inisiatif Malaysia TVET Rating telah membuka ruang kepada IKBN Pekan untuk tampil sebagai antara institusi contoh dalam dokumentari promosi kebangsaan. Pemilihan ini mencerminkan komitmen berterusan institut dalam memperkasa latihan kemahiran berkualiti tinggi, tadbir urus cemerlang serta jaringan industri yang kukuh.

    Sepanjang sesi penggambaran, pelbagai sudut menarik melibatkan fasiliti bengkel, sesi pengajaran dan pembelajaran serta interaksi bersama tenaga pengajar dan pelajar berjaya dirakam lensa kamera. Dokumentari ini dijangka menjadi medium strategik dalam memperkukuh imej korporat institusi serta mempromosikan kecemerlangan TVET negara di peringkat lebih luas.

     
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.