Kursus Professional Certificate Level 3 EASA

    Kursus Professional Certificate Level 3 EASA

    Lapan orang pegawai dari Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat (Bahagian Komposit) telah berjaya menjalani kursus Professional Certificate Level 3 EASA Part 147: Aircraft Composite Structure Repair, kendalian Acrats Holland & PT3 Aeroskills, dibawah Projek Anak Angkat IKBN Pekan - Industri Tahun 2025.

    Latihan yang diadakan di Composite Hangar 1 IKBN Pekan selama 5 hari pada 17-21 November 2025 ini telah meningkatkan penguasaan teknikal pegawai dalam analisis kerosakan kritikal, fabrikasi, dan pembaikan komposit pesawat mengikut piawaian global.

    Pensijilan Profesional Level 3 ini secara langsung memperkukuh kapasiti negara dalam sektor Penyelenggaraan, Pembaikan, dan Baik Pulih (MRO) aeroangkasa, memastikan pasukan tempatan berkemampuan untuk menguruskan dan menjamin integriti struktur pesawat moden yang semakin bergantung pada teknologi komposit.


    ILKBS Profesional Terunggul
    TVET Pilihan Utama Kerjaya

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.