- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 16
GASUKA DAY 2.0: Kejohanan Boling Tertutup Ahli Keskip IKBN Pekan
Suasana penuh meriah telah mewarnai penganjuran GASUKA Day 2.0: Kejohanan Boling Tertutup Ahli KESKIP IKBN Pekan yang telah berlangsung di Premium Lanes Pekan Bowling Centre, hari ini.
Program ini telah menyaksikan penyertaan empat pasukan rumah sukan iaitu Blue Thunder, Red Blaze, Yellow Spark dan Green Fusion yang bertanding secara sihat dan penuh semangat kesukanan.
Antara kategori yang dipertandingkan ialah:
Kategori Individu Lelaki (Tempat Pertama, Kedua & Ketiga)
Kategori Individu Wanita (Tempat Pertama, Kedua & Ketiga)
Kategori Terlongkang bagi individu lelaki dan wanita
Selain itu, setiap pasukan turut mengumpul mata keseluruhan berdasarkan prestasi ahli masing-masing, dan mata terkumpul ini akan dibawa ke program KESKIP yang akan datang sebagai penentu kedudukan keseluruhan rumah sukan.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform persaingan sihat, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat berpasukan dalam kalangan ahli KESKIP IKBN Pekan.
Pihak KESKIP selaku penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, jawatankuasa pelaksana serta pihak pengurusan Premium Lanes Pekan Bowling Centre atas kerjasama dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan program ini.
Semoga GASUKA Day terus menjadi medan aktiviti sihat yang dinanti-nantikan pada masa akan datang.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
