Kejohanan Sukan ILKBS anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS dilaksanakan secara penggiliran di setiap ILKBS pada setiap tahun sebagai platform memperkukuh semangat kesukanan, perpaduan serta pembangunan sahsiah warga ILKBS.
Bagi tahun 2026, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan Sukan ILKBS kali ke-38.
Antara acara yang dipertandingkan ialah:
Kontinjen Institut Kemahiran Belia Negara Pekan akan menghantar seramai 49 orang atlet dan 15 orang pegawai bagi menyertai kejohanan kali ini.
Senarai pasukan yang akan mewakili IKBN Pekan adalah seperti berikut:
Sebelum kejohanan berlangsung, satu sesi motivasi dan amanat kepada para atlet turut diadakan di Perpustakaan IKBN Pekan sebagai persediaan mental dan fizikal kontinjen dalam menghadapi pertandingan.
Semoga kontinjen IKBN Pekan terus bersemangat, mempamerkan disiplin tinggi serta berjaya mengharumkan nama institut dalam Kejohanan Sukan ILKBS Ke-38.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
