Kolaborasi Strategik Antara Ikbn Pekan Bersama Persatuan Kontraktor Kelas F Negeri Pahang (PKKFNP)

    Kolaborasi Strategik Antara Ikbn Pekan Bersama Persatuan Kontraktor Kelas F Negeri Pahang (PKKFNP)

    Pihak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Kontraktor Kelas F Negeri Pahang (PKKFNP) bagi membincangkan prospek kerjasama strategik yang bakal merancakkan lagi industri pembinaan tempatan.

    Delegasi PKKFNP diwakili oleh Tuan Haji Abdul Mubin bin Abdul Rahim, Naib YDP, bersama barisan Ahli Jawatankuasa iaitu Encik Yusri Majid, Encik Nazuran Muhamad, dan Encik Nurhasmadi Harun ini telah disambut mesra oleh Ts. Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Pekan.

    Fokus perbincangan menjurus ke arah menjadikan IKBN Pekan sebagai hab utama pelaksanaan kursus jangka pendek bagi para kontraktor tempatan. Inisiatif ini direka khas untuk memenuhi keperluan program Continuing Professional Development / Continuing Contractor Development (CCD).

    Melalui kerjasama ini, peserta bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran (upskilling), malah akan menerima Mata CCD berserta Sijil Pencapaian daripada CIDB.

    Antara kursus kompetensi berimpak tinggi yang bakal dilancarkan kelak ialah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Pemasangan Paip Air Retikulasi Tahap 2 (PWR2).

    Semoga jalinan sinergi TVET dan industri ini bakal membawa limpahan manfaat kepada pembangunan sosio-ekonomi Pahang dan melahirkan lebih ramai kontraktor tempatan yang kompeten serta berdaya saing.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #IKBNPekan
    See less

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.