- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 23
Kontinjen IKBN Pekan Selamat Berangkat Ke Kejohanan Sukan ILKBS Ke-38
Kontinjen Institut Kemahiran Belia Negara Pekan hari ini secara rasminya telah berlepas ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong bagi menyertai Kejohanan Sukan ILKBS Ke-38 Tahun 2026.
Seramai 49 orang atlet bersama 15 orang pegawai telah menaiki bas rasmi kontinjen IKBN Pekan dalam suasana penuh semangat, berdisiplin dan berkobar-kobar demi membawa nama institut ke persada kejohanan.
Majlis pelepasan kontinjen turut diserikan dengan kata-kata semangat serta doa selamat buat semua atlet dan pegawai agar diberikan perjalanan yang lancar, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kejayaan sepanjang kejohanan berlangsung.
Kontinjen IKBN Pekan akan mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan utama iaitu:
Warga IKBN Pekan turut menzahirkan sokongan dan doa buat semua atlet agar sentiasa mengekalkan semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama berpasukan dalam setiap pertandingan yang disertai.
Semoga kontinjen IKBN Pekan terus cemerlang dan berjaya mengharumkan nama institut di Kejohanan Sukan ILKBS Ke-38 Tahun 2026.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
