- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 51
IKBN Pekan Cemerlang Di Majlis Istiadat Konvokesyen ILKBS Ke-21
PUTRAJAYA, Majlis Istiadat Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-21 telah berlangsung pada 12 dan 13 Mac 2026 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Majlis ini meraikan kejayaan para graduan ILKBS, termasuk graduan IKBN Pekan yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua graduan atas kejayaan hasil usaha, kesungguhan dan komitmen sepanjang mengikuti latihan di IKBN Pekan.
Dalam majlis yang sama, IKBN Pekan turut mencatat pencapaian membanggakan apabila Ts. Mohd Zulaffandi bin Abdullah menerima Anugerah i-Trainer, iaitu pengiktirafan kepada tenaga pengajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam pengajaran, inovasi dan pembangunan kompetensi pelajar.
Manakala En. Mohd Safik bin Saprawi menerima Anugerah i-Inspire, sebagai pengiktirafan terhadap individu yang menunjukkan sumbangan, inspirasi dan kecemerlangan dalam memperkasakan warga serta organisasi ILKBS.
Turut hadir ialah Pengarah IKBN Pekan, Ts. Haji Mohd Anuar bin Said, wakil pengajar Tc. Mohd Fozi Hafiz bin Hassan dan En. Nur Arif Danial bin Noor Faizal. Dua orang lagi pegawai iaitu Ts. Mohd Hakim bin Mohd Nasir dan Pn. Nurkhalilah Atiqah binti Mohamad Othman turut menyerikan majlis apabila diberi kepercayaan sebagai pembaca nama graduan.
Kejayaan para graduan serta penerima anugerah ini menjadi kebanggaan seluruh warga IKBN Pekan dan membuktikan komitmen institut dalam melahirkan tenaga mahir yang kompeten, berintegriti dan berdaya saing.
Graduan ILKBS : Menepati Keperluan Industri
