PEKAN – Pihak KESKIP telah menganjurkan Majlis Lambaian Kasih 5.0 bagi meraikan dan menghargai jasa serta sumbangan Encik Azizul Hadi bin Abdul Manan, PPLV yang bakal meneruskan khidmat di institusi lain.
Majlis yang berlangsung di Perpustakaan IKBN Pekan dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ini menjadi wadah untuk warga IKBN Pekan menzahirkan penghargaan atas dedikasi, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di institut.
Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan terus dikenang, serta menjadi kenangan manis buat seluruh warga IKBN Pekan.
Selamat maju jaya di tempat baharu, Encik Azizul Hadi! Semoga terus sukses dalam perjalanan kerjaya dan kehidupan.
Jasamu dikenang, budimu disanjung.
