- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 43
Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Penyedia Latihan Kursus Operator Dandang Stim
PEKAN - IKBN Pekan dengan kerjasama rakan strategik Universal Competency Academy Sdn. Bhd. (UCA) telah menerima Surat Kelulusan sebagai Penyedia Latihan bagi pelaksanaan Kursus Operator Dandang Stim oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang JKKP / DOSH Pahang dalam satu majlis yang diadakan hari ini.
Delegasi JKKP Pahang telah diwakili oleh Timbalan Pengarah, En. Rukairulaizamm Ab Rahman, dan turut diiringi oleh En. Nik Muhammad Nazif Tuan Sinuzula, Ketua Seksyen Analisis dan Pemprosesan, serta Puan Nor Azera Ismail, Ketua Seksyen Promosi & Sumber JKKP Pahang.
Dalam majlis tersebut, Timbalan Pengarah JKKP Pahang telah menyampaikan surat kelulusan tersebut kepada Pengarah Urusan UCA, Encik Johan Kamariddin dengan disaksikan oleh Ts. Haji Mohd Anuar Said, Pengarah IKBN Pekan.
Pelaksanaan Kursus Operator Dandang Stim ini adalah hasil usahama di bawah Program Kerjasama Strategik Industri di antara IKBN Pekan dan Universal Competency Academy Sdn. Bhd. dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten serta mengutamakan keselamatan.
Delegasi JKKP Pahang turut dibawa melawat ke tempat praktikal pengendalian dandang stim serta ruang kuliah dan pembelajaran, bagi melihat sendiri kemudahan, suasana latihan dan kaedah pembelajaran yang disediakan kepada peserta.
