- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 188
IKBN Pekan Telah Menyertai Modul Explorasi Tvet Dan Industri PLKN 3.0
IKBN Pekan dengan penuh komitmen telah menyertai pameran Modul Eksplorasi TVET & Industri sempena Program Latihan Khidmat Negara 3.0 Siri 1/2026 yang berlangsung pada 16 Februari 2026 di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan.
Penyertaan ini membuka ruang kepada para peserta PLKN untuk mengenali dengan lebih dekat laluan pendidikan dan latihan TVET yang ditawarkan, khususnya peluang kemahiran berimpak tinggi serta prospek kerjaya dalam industri sebenar.
Melalui sesi penerangan, perkongsian kepakaran dan pameran interaktif, IKBN Pekan terus komited memperkasa bakat muda negara serta menyokong agenda pembangunan TVET nasional.
TVET bukan sekadar pilihan — ia adalah laluan masa depan!
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
