- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 34
IKBN Pekan Terima Pengiktirafan Tinggi Kementerian Kesihatan Malaysia
Alhamdulillah, satu lagi pengiktirafan luar biasa dan membanggakan buat seluruh warga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan!
IKBN Pekan dengan penuh rasa kesyukuran mengumumkan telah dianugerahkan Sijil Penghargaan sebagai PENGANJUR KEMPEN DERMA DARAH TERBAIK daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sempena Majlis Apresiasi Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026.

Sijil penghargaan yang amat bermakna ini telah ditandatangani sendiri oleh Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Pengiktirafan tertinggi ini merupakan satu bukti nyata ke atas komitmen, keperihatinan dan usaha proaktif seluruh warga kampus dalam menyokong sistem kesihatan negara melalui aktiviti kemasyarakatan. "Setitis Darah, Demi Kemanusiaan. Derma Darah, Selamatkan Nyawa"
Pengiktirafan ini membuktikan bahawa anak-anak muda dan warga TVET di IKBN Pekan bukan sahaja cemerlang dalam bidang kemahiran, malah memiliki jiwa yang besar, madani, dan sentiasa bersedia menyumbang bakti kepada masyarakat.
Terima kasih KKM! Terima kasih semua pahlawan darah IKBN Pekan!
Semoga anugerah ini menyuntik semangat untuk kita terus konsisten melakukan kebaikan pada masa hadapan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul