Pemerkasaan Kompetensi TVET: Kursus Specialist Certification In Aircraft Structural Repair Manual (SRM)

    Pemerkasaan Kompetensi TVET: Kursus Specialist Certification In Aircraft Structural Repair Manual (SRM)

    IKBN Pekan telah berjaya melaksanakan kursus profesional "Specialist Certification in Aircraft Structural Repair Manual (SRM) & Damage Assessment" yang berlangsung pada 8 hingga 11 Jun 2026.

    Kursus intensif ini merupakan inisiatif reskilling dan upskilling bagi meningkatkan kepakaran tenaga pengajar dalam bidang pembaikan struktur pesawat. Sepanjang empat hari kursus, peserta telah didedahkan dengan kemahiran teknikal mendalam, termasuk kaedah penilaian kerosakan serta prosedur pembaikan yang mematuhi piawaian antarabangsa.

    Tahniah kepada semua peserta atas komitmen tinggi dalam memastikan standard keselamatan dan kelayakan terbang (airworthiness) sentiasa diutamakan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat memacu kecemerlangan TVET dalam industri aeroangkasa negara!
     
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.