Lawatan Verifikasi Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) Tahun 2026

    Lawatan Verifikasi Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) Tahun 2026

    Membanggakan! IKBN Pekan hari ini telah menerima kunjungan delegasi panel penilai bagi Lawatan Verifikasi Anugerah ILKBS Terbaik Tahun 2026 yang baru sahaja selesai sebentar tadi.

    IKBN Pekan amat bertuah dan bangga kerana telah terpilih sebagai salah satu daripada 11 buah ILKBS di seluruh Malaysia yang disenarai pendek bagi penilaian akhir AIT 2026! ๐ŸŒŸ
    Sesi verifikasi penuh teliti ini telah dikendalikan oleh barisan panel penilai yang hebat:
    ๐Ÿ‘ค Puan Siti Fauziah binti Jumadi (Ketua Panel)
    ๐Ÿ‘ค Encik Adam Khairy bin Abu Bakar
    ๐Ÿ‘ค Encik Mohd Asrul Azim bin Mohd Salleh
    ๐Ÿ‘ค Puan Norazlina binti Md Ali
    ๐Ÿ‘ค Puan Noorita binti Lateh

    Apa yang berlaku sepanjang lawatan hari ini?
    ๐Ÿ” Semakan Dokumen & Penilaian Kendiri: Penilaian menyeluruh ke atas dokumen berkaitan berdasarkan 6 bahagian kriteria utama yang telah ditetapkan bagi memastikan IKBN Pekan menepati piawaian tertinggi yang digariskan.

    ๐Ÿ’ฌ Sesi interaksi dan temu bual terus bersama barisan pengajar (tenaga pengajar) serta para pelajar bagi mendapatkan maklum balas realiti di lapangan.

    ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ Lawatan Fasiliti Kampus: Panel penilai dibawa melihat sendiri kemudahan dan prasarana di IKBN Pekan merangkumi bengkel-bengkel latihan, bilik kuliah, asrama kediaman, dewan makan, surau, serta fasiliti sokongan yang lain.

    Seluruh warga IKBN Pekan telah memberikan komitmen yang terbaik sepanjang sesi lawatan ini. Terima kasih diucapkan kepada barisan panel penilai atas segala teguran membina dan input yang diberikan demi kecemerlangan institusi ini.

    Sama-sama kita doakan dan titipkan harapan agar rezeki dan kejayaan berpihak kepada kita. Semoga IKBN Pekan dinobatkan sebagai ILKBS Terbaik Tahun 2026!
    Let's Go Pekan!

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekanย 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan,ย 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel ย : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email ย  ย : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.