- C W Nor Fasnillah binti C W Muhamud
- IKBN Pekan
- Hits: 19
Karnival Kesenian Islam (TVET) Rakan Muda Zon Pantai Timur
KOMPLEKS RAKAN MUDA MARAN - Program Karnival Kesenian Islam (TVET) Rakan Muda Zon Pantai Timur 2025 melabuhkan tirainya pada hari ini.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. En Khairul Amin bin Osman wakil rasmi YH Dato’ Pegawai Daerah Maran.
Turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah YBrs Ustaz Badrul Faiz bin Zulkifli, Penolong Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ts Mohd Anuar bin Said, Pengarah IKBN Pekan, En Zaini bin Abd Aziz, Pengarah IKBN Wakaf Tapai, Pn Norlia binti Abdullah, Pengarah IKBN Kemasik, Ustaz Abdul Aziz bin Abd Rahman, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Maran, Pn Saniah binti Zainal, wakil Pengurus Kompleks Rakan Muda Maran, wakil daripada IKTBN Temerloh, IKTBN Bachok dan IKBN Tanah Merah.
Program dengan kerjasama YADIM ini diharapkan dapat diteruskan di masa akan datang dalam melahirkan belia celik Al-Quran dan memperkukuhkan serta menanam minat yang mendalam dalam ilmu penghayatan islam.
Tahniah kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah Kompleks Rakan Muda Maran serta semua yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.
