Kejohanan Drone Soccer League Pada Hari TVET Negara

    Kejohanan Drone Soccer League Pada Hari TVET Negara

    Biarpun tampil sebagai pasukan 'debutant' yang pertama kali menyertai kejohanan Drone Soccer League pada Hari TVET Negara, pasukan IKBN Pekan berjaya membuktikan kehebatan mereka dengan membawa pulang Anugerah Pasukan Baharu!

    ​Kejayaan ini adalah hasil semangat juang tinggi para pelatih dan pengajar yang berani menyahut cabaran dalam sukan teknologi tinggi ini. Ia sekali gus membuktikan warga IKBN Pekan sentiasa dinamik dan mampu bersaing dalam arena teknologi masa hadapan.

    ​Tahniah diucapkan kepada seluruh ahli pasukan! Terima kasih atas usaha keras yang mengharumkan nama institut. Ini baru permulaan, semoga terus terbang tinggi selepas ini!

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.