- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 33
Temuduga Kemasukan Diploma Fabrikasi Paip, Minyak & Gas Tahap 4 Tahun 2026
Telah berlangsung dengan jayanya Sesi Temuduga Program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 bertempat di Perpustakaan IKBN Pekan.
Sesi temuduga kali ini memfokuskan kepada pencarian bakat-bakat mahir dalam kalangan calon bagi kursus Diploma Fabrikasi Paip, Minyak & Gas untuk Sesi Ambilan Julai 2026. Ini merupakan titik tolak yang sangat penting bagi para pelatih untuk memperkukuhkan kepakaran teknikal mereka, seterusnya melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing untuk industri Oil & Gas negara!
Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah hadir dan memberikan komitmen yang terbaik. Jutaan terima kasih juga kepada barisan panel penilai serta jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan kelancaran sesi temuduga ini.
Semoga keputusan menyebelahi anda semua. Selamat melangkah setapak lagi menuju gelaran pemegang DKM!
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
