- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 13
Wakil IKBN Pekan Raih Naib Johan Kejohanan Ping Pong MAKSAK 2026
Warga Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan merakamkan ucapan tahniah kepada En. Mohd Fadzli bin Ismail, Pengajar di Jabatan Mekanikal atas kejayaan meraih Naib Johan Kategori Perseorangan Lelaki dalam Kejohanan Pemilihan Pasukan Ping Pong MAKSAK Pahang 2026 yang telah berlangsung pada 7 Jun 2026.
Kejayaan tersebut sekali gus melayakkan beliau untuk dipilih mewakili MAKSAK Pahang ke Kejohanan Ping Pong MAKSAK Malaysia 2026 yang akan berlangsung pada 2 hingga 5 Julai 2026 di Kuala Lumpur.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, disiplin serta semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Pencapaian tersebut bukan sahaja menjadi kebanggaan buat beliau sendiri, malah turut menjadi inspirasi kepada warga IKBN Pekan untuk terus cemerlang bukan sahaja dalam bidang TVET, malah dalam bidang sukan dan kokurikulum.
Pihak pengurusan serta seluruh warga IKBN Pekan mengucapkan syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini serta mendoakan agar En. Fadzli terus melakar kejayaan pada masa akan datang.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
