Kejohanan Futsal Belia Kawasan Pekan

    Kejohanan Futsal Belia Kawasan Pekan

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan telah menyertai Kejohanan Futsal Belia Kawasan Pekan yang telah berlangsung pada 19 April 2026 bertempat di Fursan Futsal Centra. Penyertaan ini melibatkan seramai 7 orang pelajar yang mewakili IKBN Pekan di bawah bimbingan EN AMIRUL IRFAN BIN ZULKARNIN sebagai pengurus dan NORLIA BINTI ABD JALIL sebagai pegawai pengiring

    Sepanjang kejohanan berlangsung, walaupun pasukan IKBN Pekan tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya namun mereka telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, disiplin yang baik serta kerjasama berpasukan yang mantap. Pasukan turut memberikan saingan sengit kepada pasukan lain.

    Penyertaan ini memberikan pendedahan yang berguna kepada para pelajar dalam meningkatkan kemahiran permainan futsal di samping memupuk semangat perpaduan dan keyakinan diri. Diharapkan agar lebih banyak penyertaan dalam kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.