Surau Ar-Raudhah, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan terus komited menyuburkan majlis ilmu dengan penganjuran Kuliah Maghrib khas bagi memantapkan pemahaman tauhid dalam kalangan warga institut dan penduduk setempat.
Program yang dijalankan sejurus selesai solat Maghrib berjemaah pada hari Isnin minggu ke 2 & 3 setiap bulan ini menampilkan Ustaz Abdul Rahim Khusairi Bin Noor Amin, Guru Takmir lantikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Pada kali ini, tajuk yang dikupas adalah "Perkembangan Ilmu Akidah", dari zaman Rasulullah SAW, Zaman Khulafa al-Rasyidin, Zaman Umaiyyah, Zaman Abbasiyah hingga ke Zaman Mazhab Ahli sunnah Waljamaah.
Source: MOSQ https://share.google/UqXLW8MdfUygqQPzc
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
