Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan IKBN Pekan (KESKIP) telah berjaya menganjurkan Program Merdeka Dirai, Budaya Disanjung, sempena sambutan bulan kemerdekaan 2025 yang berlangsung penuh semangat dan warna-warni pada 2 September 2025 bertempat di Dewan Serbaguna IKBN Pekan.
Program yang berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang ini telah menyaksikan penglibatan aktif para pegawai wanita dalam pelbagai bentuk persembahan kebudayaan seperti deklamasi puisi, syair, sketsa dan nyanyian lagu-lagu patriotik. Suasana santai namun bersemangat ini bukan sahaja mencerminkan rasa cinta terhadap tanah air, malah turut memperkukuh semangat kebersamaan dan silaturrahim dalam kalangan warga kerja.
Turut memeriahkan program adalah sesi pertukaran hadiah sesama pegawai wanita, yang menambah elemen keceriaan dan keakraban dalam kalangan peserta.
Program ini berjaya mencapai objektifnya dalam menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan serta meraikan peranan dan sumbangan wanita dalam persekitaran kerja yang positif dan inklusif. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga semangat kemerdekaan terus terpahat utuh dalam sanubari seluruh warga IKBN Pekan!
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul