Kursus Pengoperasian dan Penyelenggaraan Dandang (Boiler Operation and Maintenance)

    Kursus Pengoperasian dan Penyelenggaraan Dandang (Boiler Operation and Maintenance)

    Hari ini, tamatlah sudah Kursus Pengoperasian dan Penyelenggaraan Dandang (Boiler Operation and Maintenance) yang telah berlangsung secara intensif bermula dari 6 Julai yang lalu.

    Program yang penuh impak ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara IKBN Pekan dan rakan industri, Universal Competency Academy Sdn. Bhd. bagi memastikan para peserta mendapat latihan yang paling komprehensif.

    Sepanjang hampir tiga minggu berkampung di sini, seramai 50 orang peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu teknikal yang kritikal, merangkumi:
    ⚙️ Asas dan operasi sebenar dandang (boiler)
    ⚙️ Teknik penyelenggaraan yang cekap dan tepat
    ⚙️ Prosedur keselamatan (SOP) standard industri

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua 50 orang peserta atas komitmen luar biasa yang ditunjukkan dari hari pertama sehingga tamat kursus! Kami mendoakan agar segala ilmu dan kemahiran teknikal yang diperoleh dapat diaplikasikan sepenuhnya di tempat kerja masing-masing, sekaligus meningkatkan tahap kompetensi anda di lapangan.

    Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Universal Competency Academy Sdn. Bhd. atas kerjasama erat dan perkongsian kepakaran yang sangat bernilai ini. Semoga kolaborasi hebat seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

    Selamat maju jaya buat semua peserta!

     
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.