Lawatan Berinformatif Pengawas SKJC Semambu, kuantan

    Lawatan Berinformatif Pengawas SKJC Semambu, kuantan

    Warga IKBN Pekan berbesar hati menerima lawatan daripada pelajar dan guru pengiring Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Semambu, Kuantan.

    Taklimat pengenalan IKBN Pekan disampaikan oleh Ts. Mohd Hakim Mohd Nasir, Ketua Cawangan Hubungan Industri (CHI).

    Rombongan pelajar dan guru tersebut telah didedahkan dengan latihan kemahiran yang dilaksanakan di bengkel Pembaikan Struktur Pesawat Sheet Metal dan bengkel Pemasangan Paip Gas.

    Pengarah IKBN Pekan, Ts. Mohd Anuar Said turut mengalu-alukan rombongan ini dengan menyerahkan cenderamata kenangan kepada para guru pengiring.

    Semoga impak lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kelebihan kursus-kursus di dalam bidang TVET sedari bangku sekolah rendah lagi.


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.