- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 15
Program Pameran Robotik Dan Dron IKBN Pekan Di SK Kinchir, Pekan
IKBN Pekan telah mengadakan Program Pameran Robotik dan Dron bersama warga Sekolah Kebangsaan Kinchir, Pekan. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah mengenai bidang robotik dan dron, di samping memperkenalkan program latihan kemahiran yang ditawarkan di IKBN Pekan.
Program dimulakan dengan majlis tandatangan Sijil Jaringan dan Jalinan Kerjasama antara IKBN Pekan, yang diwakili oleh Tuan Pengarah, Ts. Mohd Anuar bin Said, dan SK Kinchir, yang diwakili oleh Guru Besar, En. Abdul Murad bin Awang. Jalinan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pendidikan dan teknologi.
Sepanjang pameran berlangsung, para pelajar berpeluang melihat secara dekat demonstrasi robotik dan dron serta mendapatkan penerangan berkaitan aplikasi teknologi ini dalam dunia sebenar dan industri masa kini.
IKBN Pekan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SK Kinchir atas jemputan serta sambutan yang amat menggalakkan daripada para guru dan pelajar. Semoga program ini dapat menyemai minat awal dalam bidang teknologi serta membuka peluang dan inspirasi ke arah masa depan yang lebih cerah buat generasi muda.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
