Seikhlas Doa, Setulus Kasih: Ziarah Cakna 6.0 KESKIP

    Seikhlas Doa, Setulus Kasih: Ziarah Cakna 6.0 KESKIP

    KEMAMAN – EXCO Kebajikan Kelab Sukan dan Kebajikan IKBN Pekan (KESKIP) telah menganjurkan Program Ziarah Cakna 6.0 sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada Pengarah IKBN Pekan, Ts. Haji Mohd Anuar bin Said yang sedang diuji dengan isu kesihatan baru-baru ini.

    Penganjuran Ziarah Cakna 6.0 mencerminkan keprihatinan warga IKBN Pekan dalam memupuk budaya kebersamaan, ukhuwah dan saling menyokong antara satu sama lain, khususnya ketika berdepan dengan dugaan.

    Semoga Ts. Haji Mohd Anuar bin Said dikurniakan kesembuhan yang segera, kesihatan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan.

    💼 TVET Pilihan Utama Kerjaya
    🏆 ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.