Program Citra Ibadah: Menyemai Cinta Solat Dan Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar IKBN Pekan

    Program Citra Ibadah: Menyemai Cinta Solat Dan Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar IKBN Pekan

    PEKAN – Program Citra Ibadah: Cintai Solat telah berlangsung selama tiga hari, dari 14 hingga 16 Ogos 2026, bertempat di Dewan Wawasan Belia, IKBN Pekan. Program ini dianjurkan oleh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, Pahang.

    Program yang melibatkan seramai 101 orang peserta terdiri daripada pelajar Semester 1 ini dilaksanakan menerusi tujuh slot utama yang merangkumi aktiviti berbentuk ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK) serta aktiviti riadah. Pelbagai pengisian tersebut dirangka bagi membantu peserta memahami, menghayati dan mengamalkan ibadah dengan betul, di samping memperbaiki bacaan dalam solat dan Al-Quran. Aktiviti riadah turut memberi penekanan kepada pembentukan Muslim Qawiy, iaitu Muslim yang kuat dari aspek fizikal, mental, rohani dan sahsiah.

    Antara objektif utama program adalah untuk memperdalam ilmu tentang ibadah secara benar dan seimbang, melahirkan komuniti Muslim TVET yang positif serta memberi manfaat kepada masyarakat, selain membantu peserta memperbaiki bacaan Al-Quran agar bacaan yang digunakan dalam solat lebih tepat dan betul.

    TVET Pilihan Utama
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.