Promosi Dan Program Hala Tuju SMK Chini Timur

    Promosi Dan Program Hala Tuju SMK Chini Timur

    IKBN Pekan telah terlibat dalam Program Hala Tuju Peringkat SMK Chini Timur 2025 yang berlangsung di Dewan Terbuka SMK Chini Timur dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.

    Program ini diwakili oleh En. Sharudin bin Tumiran, Ketua Bahagian Pemasangan Paip dan Gas, bersama wakil pengajar Bahagian Sheet Metal Repair, bagi mengadakan pameran dan sesi penerangan. Aktiviti ini bertujuan menyemarakkan minat pelajar dan komuniti serta melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran penting bagi persiapan masa depan. Turut dijalankan promosi kemasukan ke IKBN Pekan melalui pengedaran flyers dan maklumat kursus yang ditawarkan.

    Inisiatif ini membolehkan pelajar dan komuniti mengenali peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang teknikal, sekaligus membina kesedaran tentang kepentingan kemahiran praktikal dan pendidikan berasaskan industri.


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.