Skyways Technics Asia Buka Peluang Kerjaya Berpendapatan Premium Kepada Pelajar IKBN Pekan

    Skyways Technics Asia Buka Peluang Kerjaya Berpendapatan Premium Kepada Pelajar IKBN Pekan

    Memorandum Persefahaman (MoU) yang terjalin sejak 2023 di antara IKBN Pekan dan Skyways Technics Asia Sdn Bhd terus memberikan impak yang tinggi kepada kadar kebolehpasaran pelajar IKBN Pekan.

    Perkara itu diterjemahkan dengan komitmen dari pihak syarikat yang sentiasa membuka peluang luas kerjaya berpendapatan premium kepada pelajar IKBN Pekan khususnya bidang Pembaikan Struktur Pesawat Komposit dan Sheet Metal.

    Menepati kandungan MoU yang dijalinkan, Skyways Technics Asia telah hadir ke IKBN Pekan bagi mengendalikan sesi temuduga pengambilan pelajar untuk mengikuti program perantisan atau latihan industri.

    Sesi temuduga itu dilaksanakan menggunakan pendekatan penyelesaian kajian kes secara perbincangan dan pembentangan secara berkumpulan. Kaedah ini memberikan peluang kepada pelajar bagi menyerlahkan kebolehan membuat perancangan, keputusan dan menganalisis situasi sebenar di alam pekerjaan.

    Dalam pada itu, alumni IKBN Pekan, Encik Mohamad Afzan Mohd Afendi yang kini berkhidmat di Skyways Technics Asia Sdn Bhd sebagai Juruteknik Komposit turut diberikan peluang menyampaikan perkongsian dalam slot Alumni.

    Sehingga suku kedua 2026, hampir 20 orang lepasan pelajar IKBN Pekan telah mendapat pekerjaan dengan gaji premium di Skyways Technics Asia Sdn Bhd.

     
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.