Perhimpunan bulanan bagi bulan Mac 2026 Peringkat IKBN Pekan anjuran Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat telah berjaya dilaksanakan dengan tema “Ramadan Dihayati, Syawal Dirai”
Majlis diserikan dengan ketibaan Pengarah IKBN Pekan, Ts. Mohd Anuar bin Said, diiringi oleh TPHEP En. Mohd Safik bin Saprawi bersama Ketua Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat, En. Mohd Fathi Kamal bin Mohd Mabror.
Antara pengisian perhimpunan ;
- Laporan Kekuatan Pelajar & Bacaan Ikrar Pelajar
- Nyanyian Lagu “Negaraku” dan “Negeri Pahang”
- Bacaan Doa
- Ucapan aluan dari Ketua Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat sebagai wakil penganjur
- Ucap utama oleh Tuan Pengarah IKBN Pekan
- sesi perkongsian Laitul Qadr Malam Seribu Bulan yang disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Rahmat bin Ahmad Mashri.
- penyampaian Sijil Pelantikan Ketua Blok Asrama
- penyampaian hadiah Basic Composite Repair Challenge
- penyampaian Sijil Anugerah Pengarah Sesi 2/2025
- penyampaian sijil dan pingat CITEC 2026
Penutup Perhimpunan Bulanan diakhiri dengan tayangan video rangkuman aktiviti dan pencapaian IKBN Pekan sepanjang bulan Februari dan Mac 2026.
Semoga semangat kebersamaan dan kecemerlangan terus dipupuk sepanjang tahun 2026!
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
