Program Microsoft Elevate: AI TEACHING POWER – ILKBS Sesi 3

    Program Microsoft Elevate: AI TEACHING POWER – ILKBS Sesi 3

    Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Biji-Biji Initiative dan Mereka Academy telah melaksanakan Program Microsoft Elevate: AI Teaching Power yang melibatkan seramai 500 orang pengajar Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di seluruh negara.

    Bagi ILKBS Sesi 3, seramai 20 orang pengajar dari Institut Kemahiran Belia Negara Pekan telah dicalonkan untuk menyertai program ini yang bertujuan meningkatkan kompetensi pengajar dalam mengintegrasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    📅 Butiran Program:
    🗓️ Tarikh: 10 Mac 2026 (Selasa)
    ⏰ Masa: 08.00 pagi – 05.00 petang
    📍 Tempat: Makmal Virtual Learning, IKBN Pekan

    Program ini diharap dapat memperkasa kemahiran digital para pengajar serta menyokong transformasi pendidikan TVET selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
     
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.