Program Derma Darah IKBN Pekan: Setitis Darah, Sejuta Harapan

    Program Derma Darah IKBN Pekan: Setitis Darah, Sejuta Harapan

    PEKAN – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar dan Sekretariat Rakan Muda telah menganjurkan Program Derma Darah bersama Unit Tabung Darah Hospital Kluster Pahang (Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh).

    Program ini bertujuan membantu memenuhi bekalan darah Unit Tabung Darah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Pahang, di samping memupuk kesedaran warga IKBN Pekan terhadap kepentingan menderma darah sebagai satu bentuk sumbangan kepada masyarakat.
    📅 Tarikh: 21 Ogos 2026 (Jumaat)
    ⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
    📍 Tempat: Dewan Wawasan Belia, IKBN Pekan

    Program ini melibatkan penyertaan pegawai, kakitangan dan pelajar IKBN Pekan, dengan jadual pergerakan pelajar mengikut jurusan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program.

    Semoga usaha murni ini dapat menyemarakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga IKBN Pekan serta menyumbang kepada keperluan bekalan darah hospital.
    Setitis darah anda, harapan buat insan yang memerlukan. 

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.