- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 21
Taklimat Tender perolehan Peralatan (Noss Baru Bidang Pesawat) IKBN Pekan
Telah berlangsung dengan jayanya sesi Taklimat Tender Perolehan Peralatan bagi memenuhi keperluan National Occupational Skills Standard (NOSS) Baru untuk Bidang Pesawat bertempat di Dewan Serbaguna IKBN Pekan.
Sesi taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan dan gambaran yang jelas kepada para pembekal serta kontraktor yang berminat menyertai tender ini.
Langkah perolehan fasiliti dan peralatan baharu ini merupakan komitmen berterusan pihak IKBN Pekan dalam memastikan standard latihan sentiasa dikemas kini. Ini penting bagi memastikan para pelatih kita mendapat pendedahan teknologi yang selari dengan keperluan sebenar dan piawaian terkini industri penerbangan (Aviation) negara.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua wakil syarikat pembekal yang telah menghadirkan diri ke sesi taklimat ini. Semoga kelancaran proses perolehan ini kelak dapat melonjakkan lagi kualiti pendidikan kemahiran di IKBN Pekan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
