- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 7
CERAMAH AGAMA BIL. 10/2026 : AMALAN YANG DISUKAI OLEH ALLAH
IKBN Peretak, 6 April 2026 ( Isnin ) - Surau Nur Salam IKBN Peretak sekali lagi menjadi tumpuan warga institut apabila berlangsungnya program Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Muhammad bin Hassan. Kuliah yang bertajuk “Amalan yang Disukai oleh Allah SWT” ini telah diadakan sejurus selepas solat Maghrib secara berjemaah.
Dalam penyampaiannya, Ustaz Muhammad bin Hassan menekankan kepentingan umat Islam untuk sentiasa berusaha melakukan amalan-amalan yang dicintai oleh Allah SWT. Antara amalan yang diketengahkan termasuklah menjaga solat lima waktu, berbuat baik sesama manusia, memperbanyakkan sedekah serta sentiasa berzikir dan mengingati Allah dalam setiap keadaan.
Beliau turut menjelaskan bahawa amalan yang kecil tetapi dilakukan secara konsisten lebih disukai oleh Allah SWT berbanding amalan yang besar tetapi dilakukan secara bermusim. Selain itu, para jemaah juga diingatkan agar sentiasa menjaga keikhlasan dalam setiap ibadah yang dilakukan.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar dan warga IKBN Peretak yang hadir untuk menimba ilmu serta menghayati pengisian rohani yang disampaikan. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani.
