- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 6
MESYUARAT KERJA PEMANTAPAN KURIKULUM & PENGESAHAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS BIDANG TEKNOLOGI FESYEN DAN PAKAIAN SIRI 1 TAHUN 2026
Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK), IKBN Peretak telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Kerja Pemantapan Kurikulum dan Pengesahan Soalan Peperiksaan Akhir ILKBS bersama Panel Pengesah Teknikal (TAC) Siri 1 Tahun 2026 bagi Bidang Teknologi Fesyen dan Pakaian. Bengkel ini telah berlangsung selama empat hari, iaitu dari 06 hingga 09 April 2026, bertempat di The Pearl Hotel Kuala Lumpur.
Seramai 23 orang pengajar dalam bidang Fesyen dan Pakaian daripada IKBN Peretak, IKBN Wakaf Tapai, IKBN Jitra dan IKBN Tanah Merah telah hadir secara fizikal bagi menjayakan program ini.
Mesyuarat bersama Panel TAC serta Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Normahsyuri binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak merangkap Ketua Pusat Kecemerlangan (COE) bagi Bidang Teknologi Fesyen dan Pakaian. Turut hadir ialah Puan Ts. Nurulakmar binti Alias, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan IKBN Peretak; Encik Mohd Hafizz bin Mohd Rusuki, Panel TAC bagi Program Diploma Teknologi Fesyen dan Pakaian; Puan Ts. Rohaya binti Sulong, Panel TAC bagi Program Jahitan Pakaian Wanita; serta Puan Siti Hadrawati binti Kasi, Panel TAC bagi Program Jahitan Pakaian Lelaki.
Seiring dengan berakhirnya bengkel ini, pihak CPKK IKBN Peretak berharap agar WIM yang telah disahkan dapat digunapakai bagi tujuan Pentauliahan Induk Tahun 2026. Selain itu, soalan Peperiksaan Akhir yang dibangunkan diharapkan dapat memenuhi kehendak serta piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), seterusnya memastikan kualiti penilaian serta standard TVET terus diperkukuh.
