CERAMAH AGAMA BIL 15/2026 - SAMBUNGAN TAFSIR SURAH AL-ZALZALAH

    CERAMAH AGAMA BIL 15/2026 - SAMBUNGAN TAFSIR SURAH AL-ZALZALAH

     
    IKBN Peretak, 4 Mei 2026 (Isnin) - Kuliah Maghrib sambungan huraian tafsir Surah Al-Zalzalah telah berlangsung dengan penuh penghayatan di Surau Nursalam, IKBN Peretak. Program ilmu ini disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Hassan yang mengupas secara terperinci maksud serta pengajaran daripada surah tersebut.

    Dalam kuliahnya, beliau menjelaskan bahawa Surah Al-Zalzalah menggambarkan peristiwa dahsyat yang akan berlaku pada hari kiamat, di mana bumi akan digoncangkan dengan goncangan yang sangat kuat. Setiap amalan manusia, sama ada sebesar zarah kebaikan mahupun kejahatan, akan diperlihatkan dan dihisab oleh Allah SWT.

    Para jemaah yang hadir turut diberi penekanan tentang kepentingan menjaga amal perbuatan seharian serta memperbanyakkan amalan soleh sebagai bekalan menghadapi hari pembalasan. Ustaz Muhammad bin Hassan juga mengingatkan agar umat Islam sentiasa meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

    Kuliah ini mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar dan warga Ikbn Peretak yang hadir memenuhi ruang surau. Program sebegini diharap dapat diteruskan bagi menyemarakkan lagi budaya menuntut ilmu dan mendekatkan masyarakat kepada ajaran Islam.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.