- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 9
PEGAWAI IKBN PERETAK CEMERLANG BANTU SIDS CONNECTION RANGKUL GELARAN NAIB JUARA DI JAKARTA
3 Mei 2026, JAKARTA – Pegawai Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Encik Metdriyanto bin Zakaria, melakar kecemerlangan di peringkat antarabangsa apabila membantu pasukannya, SIDS Connection dari Malaysia, merangkul gelaran Naib Juara dalam Kejohanan Jakarta Hockey Meet 2026 - Indonesia.
Kejohanan yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 2 hingga 3 Mei 2026 bertempat di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta itu menyaksikan persaingan sengit daripada 16 pasukan yang bertanding.
Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan buat warga IKBN Peretak dan membuktikan keupayaan pegawai institusi tersebut mampu bersaing di pentas sukan luar negara.
