CERAMAH AGAMA BIL 17/2026 : KELEBIHAN BULAN ZULHIJAH

    CERAMAH AGAMA BIL 17/2026 : KELEBIHAN BULAN ZULHIJAH

     
    IKBN Peretak, 19 Mei 2026 (Selasa) - Surau Nur Salam, IKBN Peretak sekali lagi mengimarahkan program ilmu menerusi penganjuran Kuliah Maghrib yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Hassan dengan tajuk “Kelebihan Bulan Zulhijah”. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada warga kampus serta para pelajar yang hadir untuk menimba ilmu dan mengambil manfaat daripada pengisian yang disampaikan.

    Dalam kuliah tersebut, beliau menjelaskan bahawa bulan Zulhijah merupakan salah satu daripada bulan yang mulia di sisi Allah SWT dan mempunyai banyak kelebihan khususnya pada sepuluh hari terawal Zulhijah. Beliau turut menghuraikan bahawa amalan ibadah seperti berpuasa, berzikir, bersedekah dan melakukan korban amat digalakkan kerana ganjarannya yang besar di sisi Allah SWT.

    Selain itu, beliau juga menyeru para pelajar agar merebut peluang meningkatkan amal ibadah serta memperbaiki diri sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. Antara pengisian menarik yang dikongsikan termasuk kelebihan Hari Arafah, ibadah korban serta kepentingan menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. dalam kehidupan seharian.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.