- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 24
IKBN PERETAK METERAI MOU BERSAMA PELUANG KRISTAL (M) SDN. BHD. :- PERKUKUH KERJASAMA INDUSTRI TVET
Cheras, 19 Mei 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak terus memperkukuh jaringan strategik industri menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama, sebuah syarikat yang terlibat dalam industri tekstil dan pembekalan pakaian seragam iaitu Peluang Kristal (M) Sdn.Bhd.
Kerjasama ini dijangka membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dalam aspek latihan industri, perkongsian kepakaran, pembangunan kurikulum serta kebolehpasaran graduan.
Majlis menandatangani MoU ini disempurnakan oleh Datuk Izhar bin Senawi selaku Pengarah Urusan Peluang Kristal (M) Sdn. Bhd dan Pn Normahsyuri binti Md. Shariff, Pengarah IKBN Peretak.
Majlis menandatangani MoU ini menjadi langkah penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara institusi TVET dan industri bagi memastikan latihan kemahiran yang ditawarkan sentiasa relevan dengan keperluan semasa pasaran pekerjaan.
Inisiatif ini selaras dengan usaha IKBN Peretak dalam melahirkan tenaga mahir yang kompeten, berdaya saing dan bersedia memenuhi kehendak industri negara.
