CERAMAH AGAMA BIL 21/2026 - SUNAT HAI ÁT DALAM SOLAT

    CERAMAH AGAMA BIL 21/2026 - SUNAT HAI ÁT DALAM SOLAT

     
    IKBN Peretak, 9 Jun 2026 (Selasa) - Surau Nursalam, IKBN Peretak sekali lagi menjadi lokasi pengisian ilmu menerusi program Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Zali Bin Salih. Kuliah pada kali ini membawakan tajuk “Sunat Hai’at Dalam Solat”, yang memberi penjelasan kepada para pelajar dan warga IKBN Peretak mengenai amalan-amalan sunat yang dapat menyempurnakan ibadah solat.

    Dalam penyampaiannya, Ustaz Zali menerangkan bahawa sunat hai’at merupakan amalan-amalan sunat dalam solat yang bertujuan mencantikkan dan menyempurnakan perlaksanaan solat seseorang. Beliau menjelaskan bahawa amalan seperti membaca doa iftitah, mengangkat tangan ketika takbir, rukuk dan iktidal, serta membaca surah selepas al-Fatihah adalah antara contoh sunat hai’at yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

    Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa meninggalkan sunat hai’at tidak membatalkan solat dan tidak memerlukan sujud sahwi, namun pelaksanaannya dapat menambah kesempurnaan serta ganjaran pahala kepada seseorang Muslim. Para peserta juga diberi peluang untuk mengemukakan soalan berkaitan perlaksanaan solat agar kefahaman mereka terhadap ibadah tersebut dapat dipertingkatkan.

    Program kuliah yang berlangsung selepas solat Maghrib itu mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar dan kakitangan IKBN Peretak.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.