CERAMAH AGAMA BIL 20/2026 - TAFSIR SURAL AL BAYYINAH

    CERAMAH AGAMA BIL 20/2026 - TAFSIR SURAL AL BAYYINAH

     
    IKBN Peretak, 8 Jun 2026 (Isnin) - Surau Nursalam, IKBN Peretak sekali lagi menjadi pusat pengimarahan ilmu menerusi penganjuran Kuliah Maghrib yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Hassan. Kuliah pada kali ini membincangkan tajuk “Tafsir Surah Al-Bayyinah”, yang merupakan surah ke-98 dalam al-Quran dan mengandungi lapan ayat yang sarat dengan pengajaran berkaitan keimanan, keikhlasan serta balasan bagi orang yang beriman dan ingkar kepada Allah SWT.

    Dalam penyampaiannya, Ustaz Muhammad menjelaskan bahawa Surah Al-Bayyinah membawa maksud “Bukti Yang Nyata” dan menegaskan bahawa Rasulullah SAW serta al-Quran merupakan bukti yang jelas daripada Allah SWT kepada seluruh manusia. Surah ini turut menerangkan bahawa manusia diperintahkan untuk beribadah kepada Allah dengan penuh keikhlasan, mendirikan solat dan menunaikan zakat sebagai asas agama yang lurus.

    Selain itu, beliau menghuraikan bagaimana golongan Ahli Kitab dan musyrikin telah menerima bukti yang nyata melalui kedatangan Rasulullah SAW, namun sebahagian daripada mereka tetap memilih untuk tidak beriman. Ustaz Muhammad turut mengingatkan para hadirin bahawa keimanan yang sebenar perlu disertai dengan amal soleh kerana Allah SWT menjanjikan ganjaran syurga yang kekal kepada mereka yang beriman dan beramal soleh.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.