CERAMAH AGAMA BIL 32/2026 - SEJARAH GUA HIRA

    CERAMAH AGAMA BIL 32/2026 - SEJARAH GUA HIRA

     
    IKBN Peretak, 5 Oktober 2026 (Isnin) - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan Program Kuliah Maghrib bertempat di Surau Nursalam, IKBN Peretak dengan tajuk “Sejarah Gua Hira” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Hassan.

    Program ini diadakan sebagai salah satu usaha berterusan pihak institut dalam memberikan pengisian kerohanian kepada para pelajar dan warga IKBN Peretak, khususnya dalam meningkatkan kefahaman serta penghayatan terhadap sejarah perkembangan Islam dan sirah Rasulullah SAW.

    Dalam kuliah tersebut, Ustaz Muhammad bin Hassan telah mengupas sejarah Gua Hira, sebuah tempat yang mempunyai kedudukan istimewa dalam sejarah Islam. Gua Hira merupakan lokasi Rasulullah SAW beruzlah sebelum menerima wahyu pertama daripada Allah SWT melalui Malaikat Jibril AS, sekali gus menjadi titik permulaan kepada risalah kenabian dan penyebaran Islam.

    Perkongsian turut memberi penekanan terhadap hikmah peristiwa wahyu pertama serta kepentingan mengambil iktibar daripada kehidupan Rasulullah SAW. Para pelajar diingatkan agar sentiasa memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT, menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh serta menjadikan sirah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam membentuk akhlak dan keperibadian yang baik.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.