EVAW 2025: IKBN PERETAK BERSATU HENTIKAN KEGANASAN TERHADAP WANITA

    EVAW 2025: IKBN PERETAK BERSATU HENTIKAN KEGANASAN TERHADAP WANITA

    IKBN Peretak, 05 Disember 2025 - Setiap tahun, Institut Kemahiran Belia Negara Peretak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus menyokong Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita (EVAW), dan tahun ini mengangkat tema “UNITE! to End Digital Violence against All Women and Girls”. Kempen ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan mengajak masyarakat bersama-sama menolak keganasan, khususnya terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

    EVAW membawa mesej jelas bahawa isu keganasan bukan lagi hal peribadi tetapi ianya merupakan masalah sosial yang mampu menjejaskan keharmonian keluarga, merosakkan komuniti dan mengekang masa depan negara. Dengan era digital yang semakin berkembang, perlindungan terhadap wanita juga perlu diperluas ke ruang maya agar mereka dapat bergerak, berkarya dan bersuara dengan selamat.

    Sebagai warga IKBN Peretak, kami berdiri teguh menyokong usaha kerajaan dalam memartabatkan keselamatan dan kesejahteraan wanita. Semoga kesedaran ini terus menyebar luas dan menggerakkan lebih ramai untuk bersatu, bertindak dan menghentikan keganasan dalam semua bentuk, termasuk di alam digital.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.