- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 79
PROGRAM KOLABORASI IKBN PERETAK DENGAN KOMUNITI : KITAR SEMULA BANNER TERPAKAI MENJADI BEG
IKBN Peretak, 5 Disember 2025 – Kelab Belia Jati Diri Tamu Hill dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Bengkel Reka Bentuk dan Seni Kraf Tangan di IKBN Peretak iaitu menghasilkan beg menggunakan banner terpakai. Program berfokuskan kreativiti dan kelestarian ini menarik penyertaan seramai 20 orang, terdiri daripada golongan belia di sekitar Hulu Selangor dan pegawai IKBN Peretak.
Sesi latihan dikendalikan oleh Puan Noriha binti Pekan, tenaga pengajar dari IKBN Peretak, yang berkongsi teknik menjahit serta kaedah menghasilkan beg yang tahan lama dan menarik daripada bahan kitar semula. Program ini bukan sahaja menggalakkan amalan mesra alam, malah turut membuka peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran yang berpotensi menjana pendapatan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen IKBN Peretak dalam memperkukuh hubungan bersama komuniti serta memupuk kesedaran terhadap kepentingan kelestarian melalui pendekatan kreatif dan praktikal.
