FIESTA RAKAN MUDA 2025 MERIAHKAN MYTOWN SHOPPING MALL

    FIESTA RAKAN MUDA 2025 MERIAHKAN MYTOWN SHOPPING MALL

     
    5 Oktober 2025 | Kuala Lumpur, Fiesta Rakan Muda 2025 yang berlangsung pada 4 hingga 5 Oktober di Town Park, MyTown Shopping Mall telah berjaya menarik penyertaan ramai belia dan pengunjung dengan pelbagai aktiviti interaktif anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

    IKBN Peretak turut serta sebagai Pempamer Rakan Mahir dengan aktiviti menarik seperti dekorasi cupcake dan jahitan felt, yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. Lebih menarik lagi, En. Mohd Fairuz, selaku pengajar Jurusan Pastri, turut mengadakan demonstrasi hiasan cupcake secara langsung yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung termasuk golongan muda dan keluarga yang hadir.

    Penglibatan pelajar Bidang Pastri serta Jabatan Fesyen dan Pakaian memberi peluang kepada mereka mempraktikkan kemahiran yang dipelajari serta memperkenalkan program kemahiran IKBN kepada masyarakat.

    Selain Rakan Mahir, sembilan lagi gaya hidup Rakan Muda turut terlibat menjadikan fiesta ini sebagai platform penting memperkasa potensi dan bakat belia seiring aspirasi Malaysia MADANI.

    IKBN Peretak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN serta semua warga IKBN Peretak atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program berimpak tinggi ini.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.