- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 53
IKBN PERETAK MENYINAR DI FIESTA RAKAN MUDA 2025 MELALUI PERTUNJUKAN FESYEN "NEXT GEN RUNWAY"
5 Oktober 2025 | Kuala Lumpur – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah turut serta memeriahkan Fiesta Rakan Muda 2025 yang berlangsung di Town Park, MyTown Shopping Mall dengan menghantar pasukan Fashion Show “Next Gen Runway” di bawah kluster Rakan Ekspresi. Pertunjukan ini menampilkan rekaan pakaian bertemakan Moden Kontemporari, hasil kreativiti pelajar semester 3 Jabatan Fesyen dan Pakaian.
Setiap rekaan yang diperagakan merupakan hasil tugasan dan modul pembelajaran pelajar di IKBN Peretak. Para pelajar telah dibimbing dengan penuh dedikasi oleh tenaga pengajar masing-masing bagi memastikan hasil kerja yang ditampilkan menepati standard industri serta memperlihatkan identiti tersendiri.
Seramai enam orang model dari pelbagai bidang turut memperagakan busana rekaan pelajar dengan dibantu oleh pegawai pengiring, En. Azize bin Abdullah dan Pn. Zainab binti Majid. Pertandingan fesyen ini menyaksikan Khairul Irfan bin Mohd Khairi dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama dengan membawa pulang wang tunai dan trofi.
Penyertaan IKBN Peretak dalam Fiesta Rakan Muda 2025 bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mempersembahkan hasil karya mereka kepada umum, malah turut membuka ruang untuk meningkatkan kemahiran, keyakinan diri serta kreativiti dalam penghasilan produk pada masa hadapan.
Sebagai penutup, pihak IKBN Peretak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) atas penganjuran program yang berimpak tinggi ini serta kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan penyertaan institut.
Diharapkan penganjuran seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkasa potensi belia dan memperkukuh semangat kreativiti dalam kalangan generasi muda.
Diharapkan penganjuran seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkasa potensi belia dan memperkukuh semangat kreativiti dalam kalangan generasi muda.
