HARI KETIGA | MINI KARNIVAL SUKMA 2026 – HULU SELANGOR

    HARI KETIGA | MINI KARNIVAL SUKMA 2026 – HULU SELANGOR

     
    IKBN Peretak turut memeriahkan Program Mini Karnival SUKMA 2026 Daerah Hulu Selangor sebagai pempamer, bersempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 bagi acara Bola Sepak Wanita.

    Sepanjang program berlangsung, pengunjung berpeluang mendapatkan informasi berkaitan peluang pendidikan dan latihan kemahiran TVET di IKBN Peretak, di samping mengenali lebih dekat program serta laluan kerjaya yang ditawarkan kepada golongan belia. 💙💛

    ✨ ISTIMEWA HARI INI!
    📌 Pelbagai aktiviti kraf percuma
    📌Jualan produk kreatif - beg calico
    📌 Perkongsian latihan kemahiran

    Terima kasih kepada pengunjung yang telah berkunjung ke reruai IKBN Peretak dan bersama-sama memeriahkan Mini Karnival SUKMA 2026.

    📍 Kawasan Parkir Baharu, sebelah Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu
    🗓️ 11, 13, 15, 17 & 19 Ogos 2026
    ⏰ 2.00 petang hingga 10.00 malam

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.