IKBN PERETAK ANJUR ADVANCED HAIR TREATMENT TECHNIQUE COURSE DEMI MANTAPKAN KEPAKARAN PENGAJAR TVET

    IKBN PERETAK ANJUR ADVANCED HAIR TREATMENT TECHNIQUE COURSE DEMI MANTAPKAN KEPAKARAN PENGAJAR TVET

     
    KUALA LANGAT, 10 Julai 2026 (Jumaat) – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah berjaya menganjurkan program latihan reskilling iaitu Advanced Hair Treatment Techniques Course pada 6 hingga 10 Julai 2026 bertempat di Tea Bran Hair Care Centre, Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, Selangor.

    Kursus intensif selama lima hari ini dikendalikan oleh penceramah pakar industri, Madam Kwan Pei Yin, dan disertai oleh empat orang tenaga pengajar TVET bidang Perekaan Gaya Rambut yang terdiri daripada seorang pegawai dari IKBN Peretak serta tiga pegawai dari IKBN Kemasik.

    Program peningkatan profesionalisme ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran para pengajar melalui teknik-teknik terkini rawatan kulit kepala serta trend semasa industri dandanan rambut selaras dengan keperluan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) baharu.

    Sepanjang kursus dijalankan, para peserta telah didedahkan secara komprehensif kepada pelbagai modul praktikal dan teori, termasuklah kaedah Hair Washing Meridian point, teknik skrub kulit kepala, Forehead Guasar, terapi mask halia, serta tata cara penggunaan katil spa kepala (head spa bed).

    Secara keseluruhannya, inisiatif ini bukan sahaja berjaya meningkatkan kompetensi dan pengetahuan pengajar terlibat, malah memastikan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di IKBN masing-masing agar sentiasa relevan dengan kehendak industri semasa.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.