KELAB KEMBARA ALAM JELAJAH TANAMAN KOKO DI MALAYSIA

    KELAB KEMBARA ALAM JELAJAH TANAMAN KOKO DI MALAYSIA

     
    SERDANG, 11 Julai 2026 (Sabtu) - Seramai 27 orang ahli Kelab Kembara Alam, IKBN Peretak menyusuri sejarah tanaman koko di Kilang Beryl’s Di Seri Kembangan, Selangor.

    Melalui aktiviti ini pelajar didedahkan tentang penanam koko yang pernah berlaku di Malaysia.Percubaan penanaman koko pertama kali dijalankan di Malaysia sekitar tahun 1778.

    Industri ini berkembang pesat di Sabah, yang kemudiannya menjadi pengeluar utama koko negara. Malaysia muncul sebagai antara pengeluar koko terbesar di dunia pada sekitar tahun 1970an.

    Kini, sebanyak 89% daripada keluasan tanaman koko negara diusahakan oleh pekebun kecil, dengan koko kekal sebagai komoditi pertanian utama keempat terbesar Malaysia.

    Sejarah ini penting untuk pengetahuan am para pelajar. Semoga lawatan sambil belajar ini memberi pendedahan dan pengalaman baru bagi semua ahli kelab.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.